Wednesday, 14 December 2011
Sebab-Sebab Pergaduhan Antara Suami Isteri
1.Salah seorang pasangan atau kedua-duanya tidak mempunyai persediaan yang lengkap mengenai alam rumah tangga dari segi persediaan minda dan kerohanian , persediaan minda dan kerohanian ,persediaan fizikal ,persediaan ekonomi dan persediaan sosial.
2.Mereka juga tidak mengetahui hak masing-masing dan sering menyalahkan pasangan kerana mempertikaikan hak tersebut.Misalnya , tugas mengemas rumah tidak semestinya tugas isteri.Suami juga boleh membantu .Tetapi si suami sering memarahi isteri kerana tidak melakukannya.
3.Campur tangan pihak ketiga seperti adik-beradik, mak mentua, saudara dan jiran.
4.Masalah kewangan keluarga dan pasangan tidak dapat menyelesaikannya.
5.Tidak berterus-terang mengenai satu-satu perkara dan menyimpannya sahaja.Lama kelamaan ia akan tersimpan di dalam hati dan akhirnya umpama "nanah" yang akan meletup pada bila-bila masa.
6.Tiada persefahaman lagi menyebabkan masing-masing tidak boleh menerima apa juga perlakuan pasangannya.
7.Keras kepala dan tidak mahu mengalah.Ini kerana ego yang terlalu tinggi.
8.Hal anak-anak yang kadang kala memeningkan kepala.
9.Sikap salah seorang yang panas baran dan cepat melenting bila salah seorang membuat silap.
10.Sukar memaafkan pasangan menyebabkan masalah yang timbul sukar untuk dieselesaikan.
Posted by sofy-sofea at 00:47
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment