BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 20 December 2011

Isteri Solehah Dicipta Untuk Membantu Suami

1.Sucikan Hati
-Jika Ditakdirkan bersuamikan lelaki bermasalah dan baru mendapat tahu rahsia suami di belakang anda,usah ambil jalan singkat dengan melepaskan marah atau meradang.Elakkan juga daripada melayan perasaan kecewa secara berlebihan atau menyesal.Usah berfikir untuk berbfikir untuk bercerai.

2.Jangan Lari
-Kawal kekecewaan anda.Letakkan diri agar berada dalam fasa tenang dan berfikir dalam keadaan tenang.Fikir bahawa si suami masih boleh diubati dan dibantu.Isteri solehah diciptakan untuk membantu suami.

3.Doa, Bincang, Jumpa Pakar
-Berdoa, berbincang, bawa suami berjumpa pakar dan sama-sama berniat untuk mulakan hidup baru yang bersih tundukkan ego suami dengan selalu menyeru nama-nama Allah, Ya Aziz, Ya Jabbar,Ya Mutakabbir.

4.Suarakan Secara Tegas
-Nyatakan kepada suami bahawa anda sudah tahu apa yang dilakukannya di belakang anda dan anda ada bukti.

5.Cerai Jalan Terakhir
-Semakin lama dipendam, kelak semakin sakit dan terluka hati anda jadinya.Jika anda meneruskan perkahwinan dengannya mungkin dari hari ke hari rasa hormat anda terhadapnya akan menjadi semakin pudar.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...