Wednesday, 7 December 2011
Menjadi Gadis Idaman Lelaki
Menjadi Lebih Fleksibel
-Kebanyakan para lelaki bebas daripada drama kerana lelaki lebih spontan dan tak terlalu mengambil sesuatu benda kecil sebagai perkara serius.
Tahu Bergurau
-Seseorang gadis yang terlalu serius semestinya akan terus dijauhi para lelaki. Lelaki cukup tertarik pada gadis yang mempunyai "sense of humor" yang tinggi , pandai berseloroh serta tak ambil sesuatu gurauan itu sebagai sesuatu yang serius.
Menjadi Lebih Aktif
-Lelaki mana yang tak suka pada cabaran dan tak gemarkan sukan? Senang cerita lelaki sentiasa mahu kekal aktif dengan melakukan pelbagai jenis aktiviti.
Tunjukkan Kamu Prihatin
-Jarang sekali lelaki akan berkongsi masalah diri atau peribadi pada orang lain. Jika mereka menjumpai seseorang yang boleh dikongsi perasaan bersama nescaya akan mendekatkan dia kepada gadis tersebut. Perkara- perkara yang mungkin dianggap remeh seperti mendengar masalah , menghantar pesanan rindu dan ucapan selamat malam sebenarnya turut dihargai oleh lelaki. Perkara-perkara sebegini membuatkan diri mereka lebih dihargai tanpa merasakan terlalu dikawal atau si kekasih seorang yang mengada-ngada.
Posted by sofy-sofea at 21:06
Labels: wanita dan cinta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment