BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 18 December 2011

Jika Merancang Untuk Hamil


1.Pastikan diri anda bebas daripada penyakit sebelum hamil.Antara penyakit yang harus dijauhi adalah campak,herpes,cacar,tetamus dan sebagainya.

2.Anda dan pasangan digalakkan mengamalkan diet yang seimbang.Makan makanan yang mengandungi protein, karbohidrat, lemak , vitamin , mineral secara seimbang.

3.Kurangkan mengambil makanan yang diawet.Makanan jenis ini selalunya sarat dengan zat-zat tambahan yang boleh mengganggu pertumbuhan dan kesihatan janin.

4.Rajinlah bersenam dengan memilih senaman dalam jadual sehari-hari untuk memastikan anda mendapat cara hidup yang sihat.

5.Perhatikan persekitaran tempat kerja terutamanya jika anda dan pasangan bekerja di persekitaran yang dekat dengan bahan kimia atau mesin yang mengeluarkan radiasi.Kedua keadaan  ini akan mempengaruhi kualiti sperma dan kesihatan janin.

6.Ubahlah rutin hidup yang tidak sihat .Berhentilah merokok, minum minuman keras dan mengabaikan waktu makan.Ia mungkin menghalang anda daripada memiliki kehamilan yang sihat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...