BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 30 November 2011

Isteri Harus Romantik




1. Berdandan Cantik
-Perkara pertama untuk menjadi isteri romantik pastinya adalah dengan memenangi pandangan mata suami agar dia melihat anda lebih cantik daripada wanita-wanita lain disekelilingnya.

2.Memberi Pujian
-Semua orang suka dipuji , tidak terkecuali golongan lelaki. Apalagi bila pujian itu bersangkutan dengan kegagahan dan keperkasaan dirinya. Pujian anda akan membuatkan suami merasa diri lebih dihargai

3.Luangkan Masa Bersama
-Jika anda dan suami sentiasa sibuk aturlah masa anda untuk meluangkan masa bersama dengannya. Contohnya mengajak suami makan tengahari bersama dan mengatur jadual untuk berdua-duaan di hujung minggu.

4.Berikan Sentuhan Mesra
-Sentuhan kecil, seperti mengelus tangannya semasa berjalan berdua atau mendakap suami ketika dirinya dalam keadaan sedih akan membuatkan suami anda rasa sangat diperhatikan . Begitu juga saat menonton tv bersama , usaplah rambutnya atau biarkan suami  berbaring di ribaan anda.

5.Membiarkan Dia Bebas
-Biarkan dia bergaul dan berkumpul dengan rakan-rakannya ini adalah sesuatu yang menyegarkan dirinya tambah lagi   jika isteri memberi kepercayaan untuk dirinya bebas bertemu rakan. Dia akan rasa senang dipercayai.

6.Masak Makanan Yang Enak
-Pepatah ada mengatakan cara memenangi hati lelaki adalah melalui perutnya. Perkara ini ada kebenarannya. Semua lelaki pastinya suka menikmati makanan yang dimasak oleh isterinya sendiri.

7.Berkongsi Rahsia
-Ceritakan rahsia yang tidak pernah anda luahkan pada sesiapa selain dirinya . Perkongsian ini menggambarkan betapa tingginya keyakinan anda terhadap dirinya.

8.Berikan Kejutan Kecil
-Suami akan menyukai bila isteri mengejutkan dirinya dengan hadiah yang diidamkan . Dia akan merasakan anda wanita yang tidak terduga dan penuh dengan sesuatu yang baru.

9. Menulis Catatan Cinta
-Hantarlah sms cinta buat dirinya, saat membaca suami pasti tersenyum dan berasa bahagia.

10.Meraikan Hari Istimewa
-Jangan sesekali melupakan hari penting dalam hidupnya .Berikan ucapan atau raikannya agar suami berasa anda pasangan hidup yang cukup prihatin terhadap dirinya.

Tuesday, 29 November 2011

Masalah Psikologi Cetus Ketidakpuasan Seks Isteri

1.Ketidakpuasan Terhadap Bentuk Fizikal Pasangan
-Tubuh suami yang mungkin gemuk, boroi, memiliki rupa paras yang tidak disenangi ataupun ukuran alat kelamin yang tidak sesuai dengan keinginan dan impian isteri mampu menimbulkan perasaan ketidakpuasan. Kesemua aspek fizikal suami yang tidak disenangi akan membawa kesan pada psikologi wanita.

2.Aktiviti Seksual Yang Membosankan
-Aksi atau rutin seks suami yang sama dari awal perkahwinan sehingga sepuluh tahun berikutnya pastinya membosankan isteri. Kebosanan ini akan membunuh keinginan isteri untuk melakukan hubungan seks. Perlu ada variasi seks antaranya melakukan perubahan lokasi, masa , dan gaya.

3.Dipandang Remeh Oleh Pasangan
-Seseorang wanita perlu mencari kekuatan untuk meluahkan masalah seksual yang dialami . Namun apabila masalah tersebut dipandang remeh oleh pasangan rasa kecewa pasti dirasai. Perasaan ini sekaligus memberi kesan terhadap hubungan seks.

4.Suami Terlalu Kasar
-Sikap suami yang terlalu kasar mahupun terburu-buru ketika melakukan hubungan seks turut akan menimbulkan masalah seksual . Seperti yang diketahui , wanita perlukan masa untuk terangsang, jika seks dilakukan dengan kasar dan terburu-buru ia pasti menimbulkan kesakitan dan tak mustahil wanita tersebut akan mengalami trauma setiap kali.

5.Terlalu Letih
-Kepenatan melakukan kerja rumah dan juga kerja di pejabat akan membuatkan wanita hilang ghairah untuk melakukan seks.

Atasi Pasangan Cemburu

1.Bersikap Terbuka
Terangkan segala aktiviti anda setiap hari kepada suami mahupun isteri ketika tidak bersamanya. Dengan ini anda berdua akan lebih saling memahami.

2.Pujilah Pasangan
Walaupun sudah mempunyai ikatan sah tidak ada salahnya anda terus memuji si dia seperti bercinta dulu.Memberi pujian secara ikhlas dan tidak menyembunyikan kekaguman anda kepadanya , pasti membuatkan hatinya tenang dan makin mencintai anda.

3.Tunjukkan Rasa Cinta
Untuk mengurangkan kecemburuannya, anda juga perlu menunjukkan secara jelas rasa cinta anda kepadanya. Jika anda tergolong dalam golongan yang manja elakkan berkelakuan manja dengan orang yang boleh timbulkan kecemburuannya.

4.Jujur Selalu
Berbohong adalah perbuatan yang berdosa dan tidak bertanggungjawab . Jika dia mengetahui anda berbohong dalam apa perkara pun perkara itu akan menyebabkan kepercayaannya kepada anda terus lenyap. Selain itu kebohongan anda akan menyebabkan dia semakin cemburu daripada sebelumnya.

5.Komunikasi Yang Baik
Pasangan yang kuat cemburu memang suka melenting dan mengesyaki sesuatu yang bukan-bukan . Biarkan dia bertenang. Setelah dia bertenang ajaklah berbincang . Luahkan semua apa yang ada dalam hati anda .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...