BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 29 November 2011

Atasi Pasangan Cemburu

1.Bersikap Terbuka
Terangkan segala aktiviti anda setiap hari kepada suami mahupun isteri ketika tidak bersamanya. Dengan ini anda berdua akan lebih saling memahami.

2.Pujilah Pasangan
Walaupun sudah mempunyai ikatan sah tidak ada salahnya anda terus memuji si dia seperti bercinta dulu.Memberi pujian secara ikhlas dan tidak menyembunyikan kekaguman anda kepadanya , pasti membuatkan hatinya tenang dan makin mencintai anda.

3.Tunjukkan Rasa Cinta
Untuk mengurangkan kecemburuannya, anda juga perlu menunjukkan secara jelas rasa cinta anda kepadanya. Jika anda tergolong dalam golongan yang manja elakkan berkelakuan manja dengan orang yang boleh timbulkan kecemburuannya.

4.Jujur Selalu
Berbohong adalah perbuatan yang berdosa dan tidak bertanggungjawab . Jika dia mengetahui anda berbohong dalam apa perkara pun perkara itu akan menyebabkan kepercayaannya kepada anda terus lenyap. Selain itu kebohongan anda akan menyebabkan dia semakin cemburu daripada sebelumnya.

5.Komunikasi Yang Baik
Pasangan yang kuat cemburu memang suka melenting dan mengesyaki sesuatu yang bukan-bukan . Biarkan dia bertenang. Setelah dia bertenang ajaklah berbincang . Luahkan semua apa yang ada dalam hati anda .

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...