BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 30 November 2011

Isteri Harus Romantik




1. Berdandan Cantik
-Perkara pertama untuk menjadi isteri romantik pastinya adalah dengan memenangi pandangan mata suami agar dia melihat anda lebih cantik daripada wanita-wanita lain disekelilingnya.

2.Memberi Pujian
-Semua orang suka dipuji , tidak terkecuali golongan lelaki. Apalagi bila pujian itu bersangkutan dengan kegagahan dan keperkasaan dirinya. Pujian anda akan membuatkan suami merasa diri lebih dihargai

3.Luangkan Masa Bersama
-Jika anda dan suami sentiasa sibuk aturlah masa anda untuk meluangkan masa bersama dengannya. Contohnya mengajak suami makan tengahari bersama dan mengatur jadual untuk berdua-duaan di hujung minggu.

4.Berikan Sentuhan Mesra
-Sentuhan kecil, seperti mengelus tangannya semasa berjalan berdua atau mendakap suami ketika dirinya dalam keadaan sedih akan membuatkan suami anda rasa sangat diperhatikan . Begitu juga saat menonton tv bersama , usaplah rambutnya atau biarkan suami  berbaring di ribaan anda.

5.Membiarkan Dia Bebas
-Biarkan dia bergaul dan berkumpul dengan rakan-rakannya ini adalah sesuatu yang menyegarkan dirinya tambah lagi   jika isteri memberi kepercayaan untuk dirinya bebas bertemu rakan. Dia akan rasa senang dipercayai.

6.Masak Makanan Yang Enak
-Pepatah ada mengatakan cara memenangi hati lelaki adalah melalui perutnya. Perkara ini ada kebenarannya. Semua lelaki pastinya suka menikmati makanan yang dimasak oleh isterinya sendiri.

7.Berkongsi Rahsia
-Ceritakan rahsia yang tidak pernah anda luahkan pada sesiapa selain dirinya . Perkongsian ini menggambarkan betapa tingginya keyakinan anda terhadap dirinya.

8.Berikan Kejutan Kecil
-Suami akan menyukai bila isteri mengejutkan dirinya dengan hadiah yang diidamkan . Dia akan merasakan anda wanita yang tidak terduga dan penuh dengan sesuatu yang baru.

9. Menulis Catatan Cinta
-Hantarlah sms cinta buat dirinya, saat membaca suami pasti tersenyum dan berasa bahagia.

10.Meraikan Hari Istimewa
-Jangan sesekali melupakan hari penting dalam hidupnya .Berikan ucapan atau raikannya agar suami berasa anda pasangan hidup yang cukup prihatin terhadap dirinya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...