Sunday, 15 April 2012
Pesanan Buat Isteri Solehah
Pertama dan Kedua-Berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan Keempat-Memerhatikantempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya.Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan Keenam-Memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan-Menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya .Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan Kesepuluh-Jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya.Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, beerti kamu melukai hatinya.Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada penghianatannya.
Posted by sofy-sofea at 21:32
Labels: untuk isteri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment