BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Photobucket

Sunday 29 July 2012

Khas Untuk Wanita Solehah



-Wanita muslimah akan termenung dalam keadaan sedih, kerana dia mendapati dihadapannya seribu satu ujian dan cubaan yang akan membawanya ke lembah syaitan.
-Wanita engkaulah racun, engkaulah madu dari dirimu pula generasi penerus aka lahirkan , bahkan di tanganmu pula tempat pembentukan generasi yang akan datang, Justeru itu sedarlah olehmu bahawa seorang wanita muslimah tidak akan mungkin dapat mempersiapkan sebuah keluarga yang berjaya , kecuali jika dia benar-benar menjadi seorang muslimah sejati yang kuat agamanya berpegang kepada kitab Tuhannnya dan Sunnah Rasul-Nya.

Monday 9 July 2012

Amalan Menjadi Wanita Solehah



1.Mendirikan solat dan sembahyang
2.Menjaga solatnya
3.Bersyukur dan redha
4.Selalu bersedekah
5.Menjaga maruah diri
6.Takut murka Allah
7.Menjaga amanah
8.Pandai mengaji Al-Quran

Friday 6 July 2012

Ciri Isteri Solehah Yang Masuk Syurga



1.Isteri yang menjaga solat lima waktu

2.Berpuasa di bulan Ramadhan

3.Menjaga aurat dan kehormatannya

4.Taat kepada suaminya

5.Isteri yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya

Monday 4 June 2012

Ciri - Ciri Isteri Solehah




1.Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.

2.Tunduk kepada perintah Allah , terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.

3.Menjauhi segala perkara yang dilarang menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.

4.Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya.Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia , tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.

5.Mentaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.

Sunday 27 May 2012

Tips Isteri Solehah-Elak Suami Curang







1.Rumah tangga penuh pengembaraan

2.Gunakan teknik ranjang

3.Usah cepat melatah

4.Berilah layanan yang diinginkan

5.Fokus pada rumahtangga

6.Timbang dan betulkan kesilapan diri

Monday 14 May 2012





1.Sempatkan diri anda menyapa suami ketika anda atau dia mahu ke pejabat atau hubunginya melalui telefon.

2.Ungkapan rasa cinta anda dengan pelbagai cara unik.

3.Sesekali , buat janji makan tengahari bersamanya secara spontan.

4.Biarkan dia membantu pekerjaan anda.Jangan lupa ucapkan terima kasih selepas itu.

5.Sesekali ajak dia menonton wayang di pawagam.Biarkan dia yang menentukan filem apa yang mahu ditonton.

6.Jika dia merancang mahu menonton siaran langsung sukan kegemarannya di kaca Tv pada tengah malam sediakan makanan ringan kesukaannya.

7.Tidak perlu menunggu hari ulang tahunnya untuk memberikan hadiah.

8.Tertawalah ketika mendengar  gurauannya atau menyanyilah bersamanya.

9.Berusahalah bergaul dengan para sahabatnya.

10.Simpan gambarnya di dompet anda.

Monday 30 April 2012

Isteri Solehah




-Isteri jangan menyakiti hati suami samaada dengan kata-kata , tingkah laku atau mimik muka.

-Suka merungut merupakan sikap yang perlu dijauhi isteri.

-Suami kurang senang sekiranya isteri pasif dalam semua perkara.

-Suami sudah tentu tidak suka isteri yang gemar berbohong.

-Isteri yang terlalu banyak meminta -minta mengakibatkan suami rasa tertekan dan terganggu

-Isteri yang selalu membantah kata-kata suaminya ibarat menabur duri dalam rumahtangganya.

-Jangan keterlaluan mengkritik suami terutama mengenai prestasi kebolehannya.

-Isteri yang tidak menjaga penampilan diri , comot dan tidak kemas takkan dapat menarik perhatian suami.

Sunday 15 April 2012

Pesanan Buat Isteri Solehah


Pertama dan Kedua-Berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan Keempat-Memerhatikantempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya.Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan Keenam-Memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan-Menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya .Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan Kesepuluh-Jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya.Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, beerti kamu melukai hatinya.Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada penghianatannya.

Wednesday 4 April 2012

Tips Isteri Solehah ( Isyarat Suami Mahu Dimanja)



1.Masam Muka
-Tunjukkan kelembutan dan sikap mahu mendengar , sudi menyentuh dan duduk bersama dengannya. Sebelum keadaannya bertambah teruk jangan sesekali abaikan suami yang dahagakan kasih sayang anda. Anggplah dia macam kanak- kanak manja yang mahu sentiasa diperhatikan.

2.Sedih Dan Letih
-Suami suka buat muka sedih dan letih?? .Cubalah anda berkongsi masalahya dan sama memikulnya dengan saling mendengar dan merasa.Jangan ada perkataan malas nak layan dalam perkahwinan anda.

Tuesday 27 March 2012

9 Kekuatan Sebagai Isteri Solehah Untuk Cipta Bahagia



1.Kekuatan Fikiran

2.Kekuatan Melalui Pemberian

3.Kekuatan Melalui Persahabatan

4.Kekuatan Untuk Melepaskan

5.Kekuatan Ingin Menghormati

6.Kekuatan Sentuhan

7.Kekuatan Berkomunikasi

8.Kekuatan Mempercayai

9.Kekuatan Memberi komitmen

Monday 12 March 2012

Hadiah Cinta Dari Seorang Isteri Solehah




1.Setiap hari hadiah ciuman

2."I Love U" jadi amalan

3.Peluk pasangan saat berduaan

4.Rancang aktiviti bersama

5.Berjenakalah agar rumahtangga lebih ceria

6.Sentuhan kasih sayang setiap hari

7.Sedia berkongsi segala perkara bersama

Sunday 26 February 2012

Persamaan Penting Bagi Wujudkan Kasih Sayang Isteri Solehah



1.Memiliki persamaan dalam ilmu pengetahuan seperti politik, keagamaan dan hobi atau memiliki satu atau dua persamaan yang mendalam sperti menyayangi haiwan atau melancong.

2.Tawan hati pasangan dengan mempamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa seperti sama-sama gembira, sedih , terkejut , benci atau simpati

3.Mempunyai penafsiran yang sama tentang hubungan seperti tahap keakraban , kebebasan , kenergantungan , pemberian atau pengorbanan

4.Sentiasa membentuk ciri-ciri yang disukai dalam diri anda dan pamerkan kepada pasangan

5.Kasihi pasangan anda bukan kerana wajah , harta , keturunan atau glamour

6.Sentiasa membantu pasangan dalam mengukuhkan imej diri , meransang semangat dan pupuk keyakinan dirinya

7.Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasikan pasangan .Elak daripada sikap suka berbohong

8.Selalu memberikan pujian berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada pasangan

9.Sentiasa mengulangi perkataan atau ayat yang disukai dan disenangi oleh pasangan kerana dia akan berasa sangat istimewa dan dihargai.

Thursday 16 February 2012

Kasih Sayang Bagi Suami Isteri Yang Solehah



1.Ia terlalu besar.Sebanyak mana pun kita beri kepada orang lain, ia tidak akan pernah habis.

2.Hanya mencintai satu perkara, ia tidak sihat.Seharusnya anda menyayangi banyak perkara.Tuhan sendiri mengajar kita selain cinta agung untuk-Nya .kita juga harus mencintai sesama manusia dan diri kita sendiri.

3.Dengan memberi kasih sayang yang kita ada, percayalah akan lebih banyak yang akan kita terima.

4.Satu cinta yang penuh keikhlasan, kejujuran dan pengorbanan akan melengkapkan kehidupan seseorang .Untuk mendapatkan cinta sebegini , kita harus sentiasa bersabar dan melakukan yang sama kepada persekitaran kita (Tuhan, diri sendiri , ahli keluarga , cinta hati , teman-teman , harta benda , dan banyak lagi)

5.Suarakan rasa kasih dan sayang anda kepada yang selayaknya.Jika tidak mampu berkata-kata , luahkan melalui penulisan.

Sunday 12 February 2012

Tip Komunikasi Cemerlang Pasangan Suami Isteri Solehah




1.Berdoa kepada Allah S.W.T untuk sentiasa disayangi oleh pasangan

2.Sentuh dan tegur pasangan sebelum menyambung kerja lain apabila psangan balik ke rumah

3.Berlatih untuk menjadi pendengar yang baik

4.Memberi pujian kepada pasangan mengenai penampilan masing-masing dan memberi galakan kepada perubahan yang cuba dibuat oleh pasangan

5.Memujuk apabila pasangan marah atau berkecil hati

6.Ucapkan kata-kata sayang atau romantik dua kali sehari

7.Memberi perhatian terhadap perkara yang disampaikan oleh pasangan dengan tekun

8.Peluk pasangan dengan penuh kasih sayang tujuh kali sehari

9.Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat yang diberikan oleh pasangan

10.Sentiasa memastikan bilik tidur dalam keadaan kemas seperti baru berkahwin

Tuesday 7 February 2012

Sifat Wanita Solehah



-Sekiranya seorang wanita itu berakhlak dan menghiasi dirinya dengan sifat-sifat berikut, maka bergembiralah dia dengan syurga yang dijanjikan oleh Allah untuknya :

1.Keimanan dan taqwa kepada Allah serta kecintaanya kepada Rasul selawat.Seorang wanita itu seharusnya mendahulukan Allah dan Rasul .

2.Seorang wanita yang beriman itu selalu mengingati Allah dalam keadaan bersendiri mahupun ramai dan dalam keadaan senang ataupun susah .

3.Sentiasa melazimi rumah dan tidak berhias -hias (tabarruj)

4.Solat wanita di (bahagian dalam) rumahnya lebih baik dari solatnya di ruangan luar rumahnya dan solatnya di dalam rumah kecilnya lebih baik dari solatnya di dalam bahagian dalam rumahnya tadi.

Thursday 2 February 2012

Keistimewaan Wanita Solehah Dalam Islam




1.Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahannya bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkat seribu darjat untuknya.

2.Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri  yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya

3.Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat

4.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat

5.Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dirinya

Tuesday 31 January 2012

Sifat-Sifat Isteri Solehah




-Isteri yang mentaati suami dengan cara yang baik, menuruti perintah macam apa pun, kecuali jika suami memerintahkannya kepada kederhakaan . Jika apa yang diperintahkan suami tidak sesuai dengan keinginannya , maka dia menunggu kesempatan yang tepat dan memungkinkan utnuk membuat suaminya berkenan , dengan yang adil , tidak dengan cara membantah , tidak membangkang , apalagi bertengkar sehingga terpaksa menerima pendapatnya . Sebab suamilah yang berhak menjadi pemimpin di dalan rumahtangga , sesuai dengan apa yang dianugerahkan Allah.

-Isteri solehah adalah isteri yang membuat suaminya senang apabila dia memandang dirinya .Tidak ada yang dilihat si suami melainkan membuat dadanya lapang dan senang. Dia menguntumkan dengan seulas senyuman yang menawan dan pandangan yang memancarkan rasa cinta , kasih sayang dan kelembutan.

-Isteri solehah adalah isteri yang mengasihi suami, membuatnya redha , melakukan segala sesuatu yang disukainya dan menghindari apa-apa yang dibencinya.

Sunday 29 January 2012

Cara Memikat Hati Suami




1.Akur pada suami

2.Berkelakuan baik terhadap suami

3.Jangan bebankan suami

4.Sentiasa bersolek untuk suami

5.Jangan suka sanggah dan menolak permintaan suami

6.Sentiasa mengingatkan dan berpesan pada suami

7.Perlu ada rasa takut dan hormat pada suami

8.Jangan membelakangkan suami

9.Jaga harta suami

10.Isteri kena minta maaf segera jika buat salah / menderhaka pada suami

11.Solat bersama sumai

12.Jangan perkecilkan pemberian suami biarpun tidak seberapa

13.Perlu bermuka manis dan senyum pada suami

14.Jangan terlalu konkong suami

15.Jangan bawa virus barah (pergaduhan) dalam rumah tangga

16.Jaga makan minum suami

Wednesday 25 January 2012

Sebaik-Baik Kenikmatan Dunia Adalah Isteri Solehah




1.Melakukan aktiviti yang berfaedah

2.Mentaati ibu bapa

3.Redha dan syukur dengan apa yang ada

4.Wanita solehah adalah untuk lelaki mukmin

5.Paras rupa bukanlah segalanya

6.Isteri adalah pemimpin di rumah suami

7.Tidak menolak permintaan suami

8.Antara suami dan kerjaya

9.Menjaga batas pergaulan

10.Sentiasa bersih dan kemas

Wednesday 18 January 2012

Penyesuaian Suami Dan Isteri Solehah Bila Berumah Tangga




-Mengenali kekurangan pasangan , pada masa inilah juga pasangan suami isteri belajar akan sikap pasangan masing-masing

-Seorang isteri mempunyai keperluan untuk didengari ketika dia berbicara tanpa adanya komen dari pasangannya

-Isteri sering kali menghujani suami dengan pelbagai soalan tentang perkara yang berlaku di pejabat kerana itulah yang mahu diperlakukan oleh seorang wanita

-Jika suami beri jawapan singkat "ok  je" itu bermaksud suami ingin berehat

-Suami perlu meluangkan masa mendengar cerita isteri tanpa beri sebarang komen

-Pemahaman yang baik antara suami dan isteri akan membawa pada kebahagian rumahtangga

Monday 16 January 2012

Seksologi Bagi Isteri Solehah


Sarapan seks di pagi hari , kebaikannya :

1.Lebih bersemangat

2.Wanita lebih mudah mencapai orgasme

3.Mimpi erotik menjadi kenyataan

4.Lebih seksi

5.Seks cepat juga berkualiti

6.Memberi peransang

Sunday 15 January 2012

Suami Isteri Solehah




1.Melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama , keluar berjalan berdua-duaan , beriadah dan mandi bersama

2.Galakkan isteri tidur di atas lengan suami . Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan

3.Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar dapat berseronok bersama-sama

4.Tukar gaya penampilan agar tidak jemu dilihat oleh pasangan

5.Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang

6.Kenangkan kembali kenangan manis ketika bersama

7.Suami harus mesra dengan mertua supaya dapat membantu menyelesaikan sebarang masalah dengan isteri

8.Sentiasa berlembut dengan pasangan dari segi percakapan dan layanan

Friday 13 January 2012

Tips Untuk Isteri Solehah Goda Suami Supaya Tidak Curang




1.Rambut yang sentiasa terurus

2.Miliki bibir seksi dan menggoda

3.Pamerkan kulit yang bersih dan putih serta belajarlah mengenakan losyen

4.Rajin tukar gaya dan penampilan anda supaya nampak mengghairahkan

5.Pelihara organ intim

Monday 9 January 2012

Panduan Isteri Solehah



Sebagai seorang isteri anda :

-Wajib taat kepada suaminya

-Wajib tinggal di rumah yang ditetapkan oleh suaminya

-Wajib menjaga kehormatan dirinya

-Wajib menjaga rumahtangganya

-Tidak menolak panggilan suami jika dipanggil di tempat tidur

Sifat Calon Isteri Solehah


1.Mencintai sepenuh hati

2.Membantu pasangan menjadi lebih baik

3.Taat dan patuh

4.Rapat dengan keluarga

5.Pandai berdikari

6.Menjadi pendorong

7.Wanita yang bijak

8.Pandai berhias

9.Tidak membawa sifat cerewet

Thursday 5 January 2012

Kelebihan Pelukan Bagi Isteri Solehah








Pelukan memberi suatu makna tertentu kepada wanita . Oleh sebab itu wanita sangat suka dipeluk :

1.Melalui pelukan wanita akan rasa dihargai dan disayangi.

2.Pelukan mampu mengurangkan rasa tegang atau tekanan yang dihadapi

3.Pelukan mampu membantu mengeratkan lagi hubungan antara suami isteri

4.Pelukan dapat meredakan perasaan marah

5.Secara teorinya pelukan dapat memanjangkan umur, namun ajal dan maut ditangan Tuhan

6.Pelukan dapat juga membantu mengurangkan berat badan isteri kerana melalui pelukan ia dapat mengeluarkan bahan yang dinamakan endofin

Tuesday 3 January 2012

Faktor Pemikat Suami Bagi Isteri Solehah


-Sebagai seorang isteri yang solehah anda haruslah bijak untuk mengambil hati suami . Contohnya, adalah dengan sentiasa berada dalam keadaan wangi dan cantik dihadapan suami. Elakkan suami tercium bau yang kurang menyenangkan daripada anda. Pamerkan kecantikan dalaman dan luaran dan pikta suami dengan faktor-X anda. Misalnya, masakan anda atau sinar kelembutan dalam diri anda. Jaga mata suami , telinga ,deria bau,nafsu , perut dan tidurnya. Jaga imannya supaya selalu bersama Tuhan dan tahu tanggungjawabnya bahawa anda dinikahi sebagai satu amanah dari Tuhan.Berdoa selalu pada Tuhan dan suburkan kasih sayang dari sehari ke sehari dengan bermacam-macam teknik.

Monday 2 January 2012

Isteri Solehah Sebagai Pembantu Suami




-Pada awal perkahwinan,jangan meletakkan diri anda seolah-olah mampu memimpin suami untuk mendalami ilmu agama kerana tugas anda bukanlah memimpin. Anda hanya boleh membantu suami . Bahkan adalah fitrah seorang lelaki untuk memimpin wanita dan bukan sebaliknya. Seandainya suami anda gagal mengamalkan Islam dalam kehidupannya , inilah masa untuk anda mencari jalan menyelamatkan akidah dan akhlaknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...