BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Photobucket

Monday 30 April 2012

Isteri Solehah




-Isteri jangan menyakiti hati suami samaada dengan kata-kata , tingkah laku atau mimik muka.

-Suka merungut merupakan sikap yang perlu dijauhi isteri.

-Suami kurang senang sekiranya isteri pasif dalam semua perkara.

-Suami sudah tentu tidak suka isteri yang gemar berbohong.

-Isteri yang terlalu banyak meminta -minta mengakibatkan suami rasa tertekan dan terganggu

-Isteri yang selalu membantah kata-kata suaminya ibarat menabur duri dalam rumahtangganya.

-Jangan keterlaluan mengkritik suami terutama mengenai prestasi kebolehannya.

-Isteri yang tidak menjaga penampilan diri , comot dan tidak kemas takkan dapat menarik perhatian suami.

Sunday 15 April 2012

Pesanan Buat Isteri Solehah


Pertama dan Kedua-Berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan Keempat-Memerhatikantempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya.Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan Keenam-Memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan-Menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya .Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan Kesepuluh-Jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya.Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, beerti kamu melukai hatinya.Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada penghianatannya.

Wednesday 4 April 2012

Tips Isteri Solehah ( Isyarat Suami Mahu Dimanja)



1.Masam Muka
-Tunjukkan kelembutan dan sikap mahu mendengar , sudi menyentuh dan duduk bersama dengannya. Sebelum keadaannya bertambah teruk jangan sesekali abaikan suami yang dahagakan kasih sayang anda. Anggplah dia macam kanak- kanak manja yang mahu sentiasa diperhatikan.

2.Sedih Dan Letih
-Suami suka buat muka sedih dan letih?? .Cubalah anda berkongsi masalahya dan sama memikulnya dengan saling mendengar dan merasa.Jangan ada perkataan malas nak layan dalam perkahwinan anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...