BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Photobucket

Sunday 26 February 2012

Persamaan Penting Bagi Wujudkan Kasih Sayang Isteri Solehah



1.Memiliki persamaan dalam ilmu pengetahuan seperti politik, keagamaan dan hobi atau memiliki satu atau dua persamaan yang mendalam sperti menyayangi haiwan atau melancong.

2.Tawan hati pasangan dengan mempamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa seperti sama-sama gembira, sedih , terkejut , benci atau simpati

3.Mempunyai penafsiran yang sama tentang hubungan seperti tahap keakraban , kebebasan , kenergantungan , pemberian atau pengorbanan

4.Sentiasa membentuk ciri-ciri yang disukai dalam diri anda dan pamerkan kepada pasangan

5.Kasihi pasangan anda bukan kerana wajah , harta , keturunan atau glamour

6.Sentiasa membantu pasangan dalam mengukuhkan imej diri , meransang semangat dan pupuk keyakinan dirinya

7.Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasikan pasangan .Elak daripada sikap suka berbohong

8.Selalu memberikan pujian berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada pasangan

9.Sentiasa mengulangi perkataan atau ayat yang disukai dan disenangi oleh pasangan kerana dia akan berasa sangat istimewa dan dihargai.

Thursday 16 February 2012

Kasih Sayang Bagi Suami Isteri Yang Solehah



1.Ia terlalu besar.Sebanyak mana pun kita beri kepada orang lain, ia tidak akan pernah habis.

2.Hanya mencintai satu perkara, ia tidak sihat.Seharusnya anda menyayangi banyak perkara.Tuhan sendiri mengajar kita selain cinta agung untuk-Nya .kita juga harus mencintai sesama manusia dan diri kita sendiri.

3.Dengan memberi kasih sayang yang kita ada, percayalah akan lebih banyak yang akan kita terima.

4.Satu cinta yang penuh keikhlasan, kejujuran dan pengorbanan akan melengkapkan kehidupan seseorang .Untuk mendapatkan cinta sebegini , kita harus sentiasa bersabar dan melakukan yang sama kepada persekitaran kita (Tuhan, diri sendiri , ahli keluarga , cinta hati , teman-teman , harta benda , dan banyak lagi)

5.Suarakan rasa kasih dan sayang anda kepada yang selayaknya.Jika tidak mampu berkata-kata , luahkan melalui penulisan.

Sunday 12 February 2012

Tip Komunikasi Cemerlang Pasangan Suami Isteri Solehah




1.Berdoa kepada Allah S.W.T untuk sentiasa disayangi oleh pasangan

2.Sentuh dan tegur pasangan sebelum menyambung kerja lain apabila psangan balik ke rumah

3.Berlatih untuk menjadi pendengar yang baik

4.Memberi pujian kepada pasangan mengenai penampilan masing-masing dan memberi galakan kepada perubahan yang cuba dibuat oleh pasangan

5.Memujuk apabila pasangan marah atau berkecil hati

6.Ucapkan kata-kata sayang atau romantik dua kali sehari

7.Memberi perhatian terhadap perkara yang disampaikan oleh pasangan dengan tekun

8.Peluk pasangan dengan penuh kasih sayang tujuh kali sehari

9.Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat yang diberikan oleh pasangan

10.Sentiasa memastikan bilik tidur dalam keadaan kemas seperti baru berkahwin

Tuesday 7 February 2012

Sifat Wanita Solehah



-Sekiranya seorang wanita itu berakhlak dan menghiasi dirinya dengan sifat-sifat berikut, maka bergembiralah dia dengan syurga yang dijanjikan oleh Allah untuknya :

1.Keimanan dan taqwa kepada Allah serta kecintaanya kepada Rasul selawat.Seorang wanita itu seharusnya mendahulukan Allah dan Rasul .

2.Seorang wanita yang beriman itu selalu mengingati Allah dalam keadaan bersendiri mahupun ramai dan dalam keadaan senang ataupun susah .

3.Sentiasa melazimi rumah dan tidak berhias -hias (tabarruj)

4.Solat wanita di (bahagian dalam) rumahnya lebih baik dari solatnya di ruangan luar rumahnya dan solatnya di dalam rumah kecilnya lebih baik dari solatnya di dalam bahagian dalam rumahnya tadi.

Thursday 2 February 2012

Keistimewaan Wanita Solehah Dalam Islam




1.Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahannya bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkat seribu darjat untuknya.

2.Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri  yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya

3.Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat

4.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat

5.Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dirinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...