BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Photobucket

Thursday 15 December 2011

Tarikan Dari Tubuh Seorang Wanita



1.Mata
-Pandangan dan bentuk mata itu sendiri yang boleh membuatkan seorang lelaki gundah gulana.Kata orang, melalui mata , turun ke hati.Lelaki ada juga yang boleh tergoda hanya kerana renungan seorang wanita.Mata yang redup boleh menyebabkan lelaki mudah merasa simpati dan cepat kasihan.Manakala mata yang galak adalah mata yang seksi .Bagi pasangan suami isteri pula melalui mata seorang isteri dapat mengetahui kejujuran suami.

2.Hidung
-Jangan disangka hidung tidak mempunyai daya penarik .Sesetengah lelaki mahupun wanita boleh terpikat dengan melihat bentuk hidung anda.Sesetengahnya akan terpegun dengan hidung yang mancung.Bagi mereka ia nampak seksi.

3.Bibir
-Bahagian ini adalah bahagian yang paling diminati.Wanita mempunyai daya penarik yang lebih di bahagian ini.Mana-mana lelaki boleh tergoda dengan hanya senyuman wanita.Bagi wanita yang dilabel sebagai penggoda , ia adalah senjata yang paling berharga.

4.Suara
-Ada juga lelaki terpikat pada anda hanya melalui suara .Perbualan di telefon boleh mencetus perasaan lain yang hanya dirasai oleh mereka yang memahami sahaja.Ia adalah sesuatu yang sangat subjektif.Ada orang mengatakan suara anda biasa sahaja tetapi ada yang beranggapan suara anda manja, romantis, lembut, sopan, menggoda apatah lagi seksi.

5.Pinggang
-Pinggang yang ramping bukan sahaja menampakkan bentuk tubuh yang menawan, tetapi juga memberikan keyakinan terhadap penampilan.Gerak langkah dan liuk lentok ketika berjalan biasanya menjadi perhatian lebih-lebih lagi jika mengenakan pakaian yang menampakkan susuk tubuh badan.

6.Pinggul
-Wanita memang dilahirkan dengan pelbagai kelebihan.Begitu juga dengan bahagian pinggul.Bentuk badan pear iaitu besar di bahagian pinggul ada istemewanya.Ia nampak seksi dan gebu.Dalam hal ini cara pemakaian  amat penting.

7.Jari tangan
-Ia juga antara bahagian yang menjadi perhatian .Jari yang runcing dan halus serta putih gebu menggambarkan peribadi wanita itu yang mementingkan kesempurnaan dan kebersihan.

8.Rambut 
-Kini ramai wanita yang sanggup berhabis duit semata-mata inginkan rambut yng lurus , cantik dan bercahaya.Kebanyakan mereka inginkan wanita yang mempunyai rambut panjang.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...