BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Photobucket

Thursday 29 December 2011

Cara Melayan Suami Sebagai Isteri Solehah


-Bila Suami marah isteri hendaklah mendiamkan diri jika . Jangan menjawab.

-Sambut suami dengan senyuman dan kasih sayang ketika suami balik dari kerja.

-Segeralah meminta maaf kepada suami sekiranya ada membuat sebarang kesilapan atau terkasar bahasa.

-Hendaklah bersabar apabila suami ada menyakiti hati isteri dan jangan cepat merajuk.

Tuesday 27 December 2011

Rahsia Menawan Hati Pasangan Bagi Isteri Solehah





-Peluk dan ciumlah pasangan anda , ini kerana hati pasangan anda akan merasa damai setiapkali dipeluk dengan penuh kasih sayang.

-Usiklah pasangan anda , berguraulah dengan pasangan anda supaya dia berasa gembira dan bahagia tatkala berada di samping anda.

-Urutlah pasangan anda tanpa dipinta kerana ia akan menyenangkan hati pasangan anda.Sambil mengurut sambil beristighfar.

Tanggungjawab Isteri Solehah


1.Isteri solehah sanggup berkorban menyabung nyawa untuk melahirkan zuriat buat suaminya.
2.Isteri solehah menjadi penjaga rumah dan segala harta suami , semasa suami keluar mencari nafkah.
3.Isteri solehah sanggup bersusah payah menguruskan segala hal dan urusan dalam rumah.
4.Isteri solehah menjadi pendidik kepada anak-anak.
5.isteri solehah sanggup melayan suami dan menyediakan makan minum untuk suaminya.
6.isteri solehah menjadi penghibur dikala sunyi dan pelengkap hidup suami.

Monday 26 December 2011

Cara Untuk Mendapat Kebaikan Bagi Isteri Solehah


1.Sederhanalah di dalam hidup dan membelanjakan harta.Siapa yang terlalu banyak berbelanja , maka dia tidak akan pernah puas.

2.Jangan terlalu gelisah menghadapi masa depan.Atasi dengan membatasi angan-angan mu dan yakinlah bahawa masalah rezeki itu sudah ditentukan dan pasti akan sampai kepadamu.

3.Bertaqwalah kepada Allah.

4.Kenalilah kebaikan yang terkandung dalam sifat qana'ah sehingga anda hidup mulia dan tidak memerlukan pertolongan orang lain.

5.Perbanyaklah merenung kisah-kisah para Nabi dan jadikan mereka sebagai teladan.

Thursday 22 December 2011

Isteri Solehah Yang Pandai Mengambil Hati Suami


Ayat pengasih dari al-quran :

1.Surah Yusuf ayat 4,untuk tundukkan ego suami.

2.Surah Ar-Rad ayat 31, agar suami mudah lembut hati dan mudah tunjukkan kasih sayang dan perhatiannya kepada anda .Selepas dibaca , diseru nama suami dan diluahkan keinginan anda.

3.Surah Taha ayat 1-5, tiup dalam makanan atau minuman suami.Tiupkan juga pada pakaian yang telah dipakai suami dan akan diulang pakai olehnya.

Tuesday 20 December 2011

Isteri Solehah Dicipta Untuk Membantu Suami

1.Sucikan Hati
-Jika Ditakdirkan bersuamikan lelaki bermasalah dan baru mendapat tahu rahsia suami di belakang anda,usah ambil jalan singkat dengan melepaskan marah atau meradang.Elakkan juga daripada melayan perasaan kecewa secara berlebihan atau menyesal.Usah berfikir untuk berbfikir untuk bercerai.

2.Jangan Lari
-Kawal kekecewaan anda.Letakkan diri agar berada dalam fasa tenang dan berfikir dalam keadaan tenang.Fikir bahawa si suami masih boleh diubati dan dibantu.Isteri solehah diciptakan untuk membantu suami.

3.Doa, Bincang, Jumpa Pakar
-Berdoa, berbincang, bawa suami berjumpa pakar dan sama-sama berniat untuk mulakan hidup baru yang bersih tundukkan ego suami dengan selalu menyeru nama-nama Allah, Ya Aziz, Ya Jabbar,Ya Mutakabbir.

4.Suarakan Secara Tegas
-Nyatakan kepada suami bahawa anda sudah tahu apa yang dilakukannya di belakang anda dan anda ada bukti.

5.Cerai Jalan Terakhir
-Semakin lama dipendam, kelak semakin sakit dan terluka hati anda jadinya.Jika anda meneruskan perkahwinan dengannya mungkin dari hari ke hari rasa hormat anda terhadapnya akan menjadi semakin pudar.

Monday 19 December 2011

Tips Menjadi Isteri Solehah


1.Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah .Sesungguhnya ia mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lain.

2.Jika seorang suami itu memanggil isterinya datang ke katilnya (melakukan hubungan kelamin) dan dia menolak dan menyebabkan suaminya tidur dalam kemarahan malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu pagi.

3.Jika seorang suami memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti.

4.Isteri yang solehah mestilah taat dan memelihara  kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindunagn Allah.

5.Sebaik-baiknya isteri solehah ialah yang boleh menggembirakan suaminya apabila disuruh dan dia memelihara maruah dan harta suaminya.

6.Isteri yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab maka haram baginya mencium bau syurga.

Sunday 18 December 2011

Jika Merancang Untuk Hamil


1.Pastikan diri anda bebas daripada penyakit sebelum hamil.Antara penyakit yang harus dijauhi adalah campak,herpes,cacar,tetamus dan sebagainya.

2.Anda dan pasangan digalakkan mengamalkan diet yang seimbang.Makan makanan yang mengandungi protein, karbohidrat, lemak , vitamin , mineral secara seimbang.

3.Kurangkan mengambil makanan yang diawet.Makanan jenis ini selalunya sarat dengan zat-zat tambahan yang boleh mengganggu pertumbuhan dan kesihatan janin.

4.Rajinlah bersenam dengan memilih senaman dalam jadual sehari-hari untuk memastikan anda mendapat cara hidup yang sihat.

5.Perhatikan persekitaran tempat kerja terutamanya jika anda dan pasangan bekerja di persekitaran yang dekat dengan bahan kimia atau mesin yang mengeluarkan radiasi.Kedua keadaan  ini akan mempengaruhi kualiti sperma dan kesihatan janin.

6.Ubahlah rutin hidup yang tidak sihat .Berhentilah merokok, minum minuman keras dan mengabaikan waktu makan.Ia mungkin menghalang anda daripada memiliki kehamilan yang sihat.

Thursday 15 December 2011

Tarikan Dari Tubuh Seorang Wanita



1.Mata
-Pandangan dan bentuk mata itu sendiri yang boleh membuatkan seorang lelaki gundah gulana.Kata orang, melalui mata , turun ke hati.Lelaki ada juga yang boleh tergoda hanya kerana renungan seorang wanita.Mata yang redup boleh menyebabkan lelaki mudah merasa simpati dan cepat kasihan.Manakala mata yang galak adalah mata yang seksi .Bagi pasangan suami isteri pula melalui mata seorang isteri dapat mengetahui kejujuran suami.

2.Hidung
-Jangan disangka hidung tidak mempunyai daya penarik .Sesetengah lelaki mahupun wanita boleh terpikat dengan melihat bentuk hidung anda.Sesetengahnya akan terpegun dengan hidung yang mancung.Bagi mereka ia nampak seksi.

3.Bibir
-Bahagian ini adalah bahagian yang paling diminati.Wanita mempunyai daya penarik yang lebih di bahagian ini.Mana-mana lelaki boleh tergoda dengan hanya senyuman wanita.Bagi wanita yang dilabel sebagai penggoda , ia adalah senjata yang paling berharga.

4.Suara
-Ada juga lelaki terpikat pada anda hanya melalui suara .Perbualan di telefon boleh mencetus perasaan lain yang hanya dirasai oleh mereka yang memahami sahaja.Ia adalah sesuatu yang sangat subjektif.Ada orang mengatakan suara anda biasa sahaja tetapi ada yang beranggapan suara anda manja, romantis, lembut, sopan, menggoda apatah lagi seksi.

5.Pinggang
-Pinggang yang ramping bukan sahaja menampakkan bentuk tubuh yang menawan, tetapi juga memberikan keyakinan terhadap penampilan.Gerak langkah dan liuk lentok ketika berjalan biasanya menjadi perhatian lebih-lebih lagi jika mengenakan pakaian yang menampakkan susuk tubuh badan.

6.Pinggul
-Wanita memang dilahirkan dengan pelbagai kelebihan.Begitu juga dengan bahagian pinggul.Bentuk badan pear iaitu besar di bahagian pinggul ada istemewanya.Ia nampak seksi dan gebu.Dalam hal ini cara pemakaian  amat penting.

7.Jari tangan
-Ia juga antara bahagian yang menjadi perhatian .Jari yang runcing dan halus serta putih gebu menggambarkan peribadi wanita itu yang mementingkan kesempurnaan dan kebersihan.

8.Rambut 
-Kini ramai wanita yang sanggup berhabis duit semata-mata inginkan rambut yng lurus , cantik dan bercahaya.Kebanyakan mereka inginkan wanita yang mempunyai rambut panjang.

Wednesday 14 December 2011

Sebab-Sebab Pergaduhan Antara Suami Isteri


1.Salah seorang pasangan atau kedua-duanya tidak mempunyai persediaan yang lengkap mengenai alam rumah tangga dari segi persediaan minda dan kerohanian , persediaan minda dan kerohanian ,persediaan fizikal ,persediaan ekonomi dan persediaan sosial.

2.Mereka juga tidak mengetahui hak masing-masing dan sering menyalahkan pasangan kerana mempertikaikan hak tersebut.Misalnya , tugas mengemas rumah tidak semestinya tugas isteri.Suami juga boleh membantu .Tetapi si suami sering memarahi isteri kerana tidak melakukannya.

3.Campur tangan pihak ketiga seperti adik-beradik, mak mentua, saudara dan jiran.

4.Masalah kewangan keluarga dan pasangan tidak dapat menyelesaikannya.

5.Tidak berterus-terang mengenai satu-satu perkara dan menyimpannya sahaja.Lama kelamaan ia akan tersimpan di dalam hati dan akhirnya umpama "nanah" yang akan meletup pada bila-bila masa.

6.Tiada persefahaman lagi menyebabkan masing-masing tidak boleh menerima apa juga perlakuan pasangannya.

7.Keras kepala dan tidak mahu mengalah.Ini kerana ego yang terlalu tinggi.

8.Hal anak-anak yang kadang kala memeningkan kepala.

9.Sikap salah seorang yang panas baran dan cepat melenting bila salah seorang membuat silap.

10.Sukar memaafkan pasangan menyebabkan masalah yang timbul sukar untuk dieselesaikan.

Monday 12 December 2011

7 Soalan Tentang Seks

1.Kebelakangan ini ghairah seksual saya makin menurun.Apa yang salah ya?
-Banyak faktor yang menyebabkan ghairah seksual berkurangan .Antaranya adalah akibat tekanan , kurang tidur ,terlalu letih , konflik dengan pasangan ataupun mengambil ubat tertentu.Jika anda berasa pengambilan ubat membuatkan berasa demikian rujuk kepada doktor untuk cari penyelesaiannya.
-Jika yang menjadi masalahnya bukan ubat tapi sebaliknya stress, sebaiknya anda mengambil cuti seketika dan cuba bertenang dan selesaikan apa yang menjadi punca masalah antara anda dan suami.

2.Adakah lelaki lebih suka kepada wanita yang memiliki payudara besar?
-Persoalan inilah yang selalu difikirkan oleh wanita .Terimalah seadanya ukuran payu dara anda walaupun ia biasa-biasa saja kerana tidak semua lelaki memiliki selera yang sama .Ada yang suka payudara kecil, sederhana dan juga yang besar.Ada kalanya bukan ukuran payu dara yang membuatkan pasangan atau suami anda ghairah.Mungkin kulit anda yang mulus,punggung anda yang seksi ataupun bibir anda yang mungil!.

3.Bolehkah saya meminta dulu sedangkan saya biasanya menunggu ajakan suami?
-Apa salahnya, lebih-lebih lagi jika suami anda seorang yang pasif, jadi andalah yang harus memulakannya dulu.Ada kalanya situasi begini lebih mendatangkan kemesraan kerana memberikan kelainan.Biarkan sesekali pihak isteri yang mengambil alih keadaan.

4.Saya merasakan bahagian vagina saya berbau kurang enak.Adakah suami saya terganggu dengan perkara ini?
-Ramai wanita yang risau tentang bau tubuh mereka apa lagi bau di bahagian bawah.Sekiranya suami tidak memprotes , mungkin bau tersebut tidak mendatangkan masalah..Jangan biarkan masalah ini menyerabutkan fikiran anda.

5.Saya menghindari posisi tertentu untuk menyembunyikan "kelebihan" saya.
-Lelaki biasanya tidak begitu mementingkan bahagian  tubuh anda, yang penting adalah dia dapat melakukan hubungan intim dengan pasangannya.Kemungkinan yanga ada dalm fikirannya adalah cara untuk mempraktikkan posisi baru.Nikmati saja saat jiwa anda bersat dengannya tanpa mempedulikan perut anda yang buncit / keadaan peha yang besar.

6.Saya berasa sakit setiap kali jari-jari suami menekan bahagian sulit.Adakah itu normal?
-Pada bahagia klitoris terdapat hampir 8000 saraf jadi sudah pasti ia sensitif.Itulah sebabnya wanita merasa sakit jika bahagian tersebut ditekan dengan keras.Sebaiknya pasangan melakukan stimulasi terlebih dahulu  supaya melancarkan aktiviti seterusnya.

7.Benarkah alat pencegahan kehamilan boleh menurunkan ghairah seks?
-Tidak benar .Memang alat kontraseptif kemungkinan besar mempengaruhi keadaan hormon dalam tubuh tapi ia tiada hubungannya dengan turun naik ghirah seks.

Wednesday 7 December 2011

Andainya Perempuan Tahu


  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita , wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi . Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat.
  3. Lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita sebab itu mereka suka melihat wanita , dan menjeling wanita.
  6. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama.
  7. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita 
  8. Apabila lelaki cakap .."erm tengoklah dulu "..itu sering kali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  9. Apabila lelaki cakap "direct to the point" dalam sesuatu hal , dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  10. Kebanyakan lelaki yang nampak " terdesak " dalam mencari pasangan hidup datang dari sekolah yang semuanya pelajar lelaki.
  11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain , terutama kalau perempuan itu teman wanitanya
  12. Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya tentang wanita dari perpustakaan atau buku semata-mata. 

Menjadi Gadis Idaman Lelaki



Menjadi Lebih Fleksibel
-Kebanyakan para lelaki bebas daripada drama kerana lelaki lebih spontan dan tak terlalu mengambil sesuatu benda kecil sebagai perkara serius.

Tahu Bergurau
-Seseorang gadis yang terlalu serius semestinya akan terus dijauhi para lelaki. Lelaki cukup tertarik pada gadis yang mempunyai "sense of humor" yang tinggi , pandai berseloroh serta tak ambil sesuatu gurauan itu sebagai sesuatu yang serius.

Menjadi Lebih Aktif
-Lelaki mana yang tak suka pada cabaran dan tak gemarkan sukan? Senang cerita lelaki sentiasa mahu kekal aktif dengan melakukan pelbagai jenis aktiviti.

Tunjukkan Kamu Prihatin
-Jarang sekali lelaki akan berkongsi masalah diri atau peribadi pada orang lain. Jika mereka menjumpai seseorang yang boleh dikongsi perasaan bersama nescaya akan mendekatkan dia kepada gadis tersebut. Perkara- perkara yang mungkin dianggap remeh seperti mendengar masalah , menghantar pesanan rindu dan ucapan selamat malam sebenarnya turut dihargai oleh lelaki. Perkara-perkara sebegini membuatkan diri mereka lebih dihargai tanpa merasakan terlalu dikawal atau si kekasih seorang yang mengada-ngada.

Tuesday 6 December 2011

Bagaimana Menjadi Pasangan Ideal



Jika mahu rumahtangga anda terus kekal kehangatan dan keromantikannya , anda perlulah mengekalkan hubungan mesra dan keserasian dalam hubungan anda berdua . 


1.Bersikap Romantis
-Gagalnya suatu hubungan kemungkinan besar dimulai dari kurangnya sikap romantik . Romantik bukan saja merupakan bumbu dalam suatu hubungan , tetapi juga memberikan letupan api cinta .Paling mudah beri kejutan positif kepadanya walaupun kecil tetapi mengembalikan rasa kehangatan bercinta bersamanya.

2.Jangan Sesekali Merendahkan Diri Sendiri
-Jangan sesekali menganggap bahawa anda tidak layak bagi pasangan anda . Jangan hanya duduk dan menyalahkan diri sendiri . Setiap insan ada kelemahan dan keburukannya .

3.Selalu Bersikap Jujur 
-Suatu hubungan yang berlandaskan pembohongan biasanya tidak panjang umurnya . Malahan jika anda berbohong dan pasangan anda tidak pernah tahu , hal itu akan mempengaruhi perasaan anda sendiri dan pasangan anda.

4.Selalu Ada Bila Diperlukan
-Tidak ada hal yang lebih penting dan indah di kala anda dapat bersamanya dalam suka dan duka . Nikmatilah saat bersama itu dengan sesungguhnya walaupun ketika itu di dalam kesusahan .

5.Hargai Pasangan
-Berhati-hatilah untuk tidak memperlakukan pasangan anda dengan buruk . Tapi hargailah pasangan anda dengan seadanya. Dia pun akan melakukan hal yang sama bila anda menghargainya.

Monday 5 December 2011

Rahsia Kemesraan Suami Isteri



1. Melepaskan Tekanan 
-Bilik tidur adalah ruang paling peribadi dan teramat menyenangkan bagi kaum wanita . Ia dijadikan tempat menghilangkan rasa penat fikiran dan fizikal selepas melakukan pelbagai urusan kerja dan rumahtangga . Oleh itu, tatkala melihat isteri bersendirian di kamar biarkanlah saja mungkin itulah yang paling diperlukan oleh isteri ketika itu .

2. Komunikasi Lembut
-Sewaktu berada di kamar dengan isteri , jauhkan perbualan atau debat yang dapat menggangu suasana hatinya . Selain itu , belajarlah bicara lembut dan santun terhadap pasangan .

3. Bersikap Terbuka
-Belajarlah bersikap terbuka di kamar terutama dalam mengungkapkan hal - hal pencetus ghairah untuk mencapai kepuasan seksual . Bila suami isteri saling terbuka dan tidak memaksa maka kehangatan dan keintiman di bilik tidur akan tercipta dengan sendirinya .

4. Layan Isteri Bak Puteri
-Lakukan hal-hal menyenangkan ketika bersama isteri di bilik tidur . Layanlah dirinya bak puteri pada satu malam misalnya dengan memberi urutan walau tidak diminta sambil menyediakan minuman yang menyegarkan untuk dirinya .

5. Perhatian Lebih
-Memberikan perhatian atas layanan atau penampilannya juga amat menyenangkan bagi wanita . Selain itu , ajak isteri berbual tentang perkara yang menggembirakan dan tak melulu kepada soal seks .

6. Sentuhan Dan Belaian
-Tak salah sekiranya bila di bilik tidur anda hanya mencumbu pasangan tanpa mengakhirinya dengan hubungan seks . Pelukan dan sentuhan mesra suami kadang - kadang lebih dihargai dari hubungan seks separuh hati daripada isteri .

Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki




1. Sikap Keibuan
-Ramai lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan , lembut , mengambil berat dan penuh kasih sayang .

2. Keanak-anakan
-Kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki . Wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah .

3. Penuh Pengertian
-Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya .

4. Menghargai
-Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki .

5. Menjaga Penampilan 
-Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik , kemas , bersih dan menarik .

6. Menghormati Diri Sendiri
-Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita , bersikap sopan , dan mempunyai etika .

7. Pandai Bergaul
-Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki .

8. Pandai Berbual
-Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual .

Menyesuaikan Hasrat Seksual Dengan Pasangan

  • Kebanyakan pasangan mengeluh akan "ketidakseragaman" keinginan setiap kali ingin melakukan hubungan seksual . Jika hal tersebut dibiarkan , ditakuti menimbulkan masalah dalaman di kemudian hari . Sepatutnya dalam melakukan hubungan intim, kedua belah pihak harus bersedia memberi dan menerima .
  1. Mengenang semula , saat pertama bulan madu . Ingatkan kembali pasangan pada kenangan indah , dan kemudian carilah waktu juga keadaan yang sesuai untuk berbulan madu sekali lagi.
  2. Mandi Bersama , saling membersihkan tubuh pasangan diiringi alunan muzik lembut tanpa gangguan sesiapa , boleh dijadikan pembuka langkah . Jangan berfikir tentang orgasme saat itu ataupun sebelum melakukan hubungan seksual . 
  3. Mencapai Orgasme , harus dilakukan dengan tenang dan biarkan ia berjalan secara semulajadi tanpa sebarang paksaan . Ini kerana semakin difikirkan hasrat untuk mencapai orgasme, maka semakin cepat anda akan mendapatkannya . Tetapi jika anda melakukannya  secara bersantai tanpa terlalu memikirkan orgasme, percayalah anda dan pasangan akan merasa puas dengan "kualiti orgasme' yang dinikmati .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...